Social
870

Kes gaduh di Parit Buntar bukan kerana berunsur perkauman

Parit Buntar – Pergaduhan melibatkan dua lelaki termasuk seorang penghantar makanan yang didakwa berlaku di Parit Buntar di sini, bukan berunsurkan perkauman sebaliknya ia ekoran perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada seorang lelaki berumur 34 tahun, yang mengesyaki penghantar makanan berusia 27 tahun itu mempunyai hubungan sulit, dengan isterinya.

“Terdapat salah faham yang mana penghantar makanan itu tidak mempunyai hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit. Penghantar makanan itu mengenali wanita berkenaan sebagai rakan sekerja sejak lapan tahun lepas, dan menghantar makanan yang dipesan wanita terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazuki berkata, kedua-dua pihak telah berbincang bagi menyelesaikan kes secara baik, dan satu laporan telah dibuat bagi menarik balik kes itu.

Beliau mengingatkan kepada masyarakat, supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak benar sehingga menimbulkan kegusaran awam, dan tindakan tegas boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Tular di media sosial video berdurasi 11 saat, yang memaparkan dua lelaki bergaduh di dalam garaj di sebuah rumah yang turut disaksikan orang ramai, di tempat kejadian, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu