Social
133

Kes ibu Neelofa : Polis selesai rakam keterangan 7 individu

Shah Alam –  Polis Selangor selesai merakam keterangan tujuh individu berhubung kes ibu selebriti popular, Noor Neelofa berhubung satu hantaran berbaur penghinaan terhadap Sultan Johor menerusi akaun Instagram (IG), baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya kini menunggu laporan teknikal yang akan diperolehi dalam masa terdekat.

“Seramai tujuh individu sudah diambil keterangan dan kita kini menunggu laporan teknikal sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai perkembangan kes berkenaan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Arjunaidi berkata, kes berkenaan yang sebelum ini disiasat oleh Polis Kuala Lumpur dipindahkan ke Selangor berikutan kejadian itu berlaku di negeri ini.

Pada Selasa lalu, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Sebelum ini, tular tangkap layar IG Story Noor Kartini dalam laman sosial mengkritik Sultan Johor yang kebanyakannya kesal dengan perkataan kasar digunakan.

Bagaimanapun, hantaran dalam IG Story itu dipadam selepas beberapa minit dimuat naik. — Harian Metro

Tags: , , , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu