Kuala Lumpur Post

Social

Kes keracunan makanan : Polis ambil keterangan 15 individu

GOMBAK — Polis sudah mengambil keterangan 15 individu termasuk pengusaha katering bagi membantu siasatan berhubung kes keracunan makanan yang menyebabkan dua kematian, pada 10 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, setakat ini, seramai 15 individu sudah dirakam percakapan terdiri daripada pihak penganjur, ahli jawatankuasa, pengetua dan penyedia makanan, Menurut laporan BH Online.

“Mangsa lain yang mengalami keracunan makanan pula dalam tindakan untuk merakam percakapan mereka hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan dua mangsa iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 19 bulan dan remaja lelaki berusia 17 tahun maut dipercayai akibat keracunan makanan.

Kedua-dua mangsa dipercayai menjamu juadah bihun goreng dan telur mata yang disediakan untuk satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Chinchin, Gombak pada 8 Jun sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayat kedua-kedua mangsa dihantar ke Forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.