Social
261

Kes langgar SOP: Polis akan panggil Awie

Melaka – Polis Melaka akan memanggil beberapa individu, termasuk selebriti yang juga penyanyi rock Datuk Ahmad Azhar Othman, atau dikenali ramai sebagai Awie, bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mengambil bahagian dalam satu progam misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah di sini baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata penganjur program berkenaan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan) (No 3) 2021.

“Polis Melaka menerima satu laporan kira-kira pukul 12.43 tengah malam tadi berhubung satu klip video yang telah tular di media sosial berdurasi 42 saat memaparkan Datuk Awie dan beberapa individu lain, dilihat melanggar (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa menghadiri satu majlis misi kemanusiaan di sebuah hotel.

“Justeru semua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil dalam masa terdekat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan dan siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera sebelum dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut memohon agar individu yang terlibat atau mempunyai maklumat berkaitan persembahan itu untuk hadir bagi membantu siasatan. – Bernama

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu