Social
146

Kes mayat terbakar : 2 Lelaki ditahan

Kuala Terengganu – Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat tanpa identiti yang ditemukan terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air di Kuala Nerus pada 17 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, berkata dua suspek masing-masing berusia 30-an dan 60-an itu ditahan dalam serbuan berasingan di daerah Marang pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas beberapa barang yang dipercayai dapat membantu siasatan kes berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan dan mereka kini direman sehingga 8 Mei depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mengenai identiti mangsa pula, kita masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan sehingga kini, mayat mangsa masih berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan seorang tukang sapu menemui mayat tanpa identiti yang terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air di Kuala Nerus.

Kejadian disedari lelaki terbabit ketika mahu memulakan tugasnya di lokasi berkenaan kira-kira 7.15 pagi sebelum ternampak asap di dalam semak berhampiran. – BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu