Social
495

Kes Nhaveen : Mahkamah larang aktivis buat kenyataan

George Town – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengeluarkan perintah larangan terhadap aktivis Arun Doraisamy daripada membuat sebarang kenyataan awam berhubung perbicaraan kes mangsa buli T. Nhaveen yang sedang berlangsung.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Radzi Abdul Hamid dalam keputusannya berkata setiap kenyataan yang dibuat oleh Arun, sama ada di media sosial atau di khalayak ramai akan mempengaruhi perbicaraan kes bunuh itu.

Oleh itu, katanya Arun dilarang membuat kenyataan awam di media sosial atau dalam mana-mana medium, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan sehingga kes itu (Nhaveen) selesai.

“Mahkamah ini mengakui anda mempunyai hak untuk kebebasan bersuara bagaimanapun, setiap kenyataan mesti mempunyai unsur tanggungjawab, anda tidak boleh membuat pertimbangan prapenghakiman semasa perbicaraan,” katanya.

Beliau berkata orang ramai harus yakin dan menghormati fungsi mahkamah dan kuasa badan kehakiman. Kegagalan mematuhi perintah diangap sebagai menghina mahkamah.

Pada Julai lepas pihak pendakwaan menfailkan permohonan perintah larangan terhadap Arun.

Pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari, Yazid Mustaqim Roslan dan Noor Azura Zulkiflee manakala Arun diwakili peguam Arun Ganesh Boopalan, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu