Nation
118

Kes penipuan dalam talian meningkat 60% dalam tempoh 10 tahun lepas

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sindiket penipuan semakin kreatif dan mengambil kesempatan daripada perkembangan teknologi canggih termasuk media sosial mengakibatkan kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 60 peratus dalam tempoh 10 tahun lepas.

Menurutnya, sindiket berkenaan dilihat semakin kreatif menjalankan pelbagai modus operandi untuk menjerat mangsa hingga mereka mengalami kerugian besar membabitkan ratusan ribu ringgit.

“Ada individu di luar sana yang menjadi mangsa sindiket penipuan namun tidak membuat laporan polis kerana merasakan jumlah kerugian yang dialami adalah kecil,” katanya dalam sidang media selepas hadir majlis pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) 2021 di sini, hari ini.

Acryl Sani berkata maklumat daripada laporan polis yang dibuat dalam setiap kes adalah penting untuk mengemas kini data laman Semak Mule bagi mengenal pasti sama ada akaun bank terlibat tulen atau tidak.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata jenayah penipuan dalam talian merekodkan peningkatan ketara apabila merekodkan 17,537 kes dengan nilai kerugian RM449.5 juta bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas.

Beliau berkata jumlah itu meningkat berbanding jumlah kes direkodkan sebanyak 17,111 kes membabitkan kerugian RM510 juta sepanjang tahun lepas, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu