Health
470
0

Kes positif Covid-19 global hampiri 40 juta

WASHINGTON, Okt 19: Jumlah keseluruhan kes positif global COVID-19 kini menghampiri angka 40 juta. Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.Kes positif global kini berjumlah 39.8 juta.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih lapan juta kes jangkitan. Ini diikuti India dengan 7.4 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.2 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1.39 juta kes. Sementara itu, Argentina, Colombia, Sepanyol, Peru dan Mexico melepasi angka setengah juta kes. Turut melepasi angka 500,000 kes adalah Perancis, Afrika Selatan, United Kingdom dan Iran.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 ialah Chile, Iraq, Itali, Bangladesh, Jerman, Indonesia dan Filipina. Manakala negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 ialah Kanada, Belgium, Romania, Maghribi dan Poland.

Angka korban akibat COVID-19 terus meningkat. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global sudah melebihi 1.11 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 219,000 kes.Ini diikuti Brazil dengan 153,000 kes. Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 112,000 dan 86,000 kes kematian.

Manakala, United Kingdom catat 43,000 kes. Itali, Sepanyol, Peru, Perancis dan Iran pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu