Social
371

Kes rasuah 60juta : Pengurus syarikat direman

Putrajaya – Seorang pengurus syarikat direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah bagi mendapatkan kontrak bernilai RM60 juta di sebuah kementerian.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ini susulan penahanan seorang penolong setiausaha bahagian di sebuah kementerian semalam, yang dipercayai menerima rasuah lebih RM1 juta sejak 2016, sebagai balasan membantu syarikat mendapatkan projek-projek di kementerian terbabit. lapor Bernama

Sumber itu menyatakan, pengurus syarikat berkenaan dipercayai telah bersekongkol dengan penolong setiausaha bahagian tersebut, bagi memonopoli projek-projek bernilai RM60 juta di kementerian terbabit sejak 2018.

“Sindiket tersebut dipercayai telah membolot kira-kira 16 projek, yang melibatkan 11 kali pembayaran rasuah,” kata sumber berkenaan.

Pengurus syarikat berusia 43 tahun itu ditahan pada kira-kira 12 tengah malam di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam, selepas hadir memberikan keterangan.

Perintah reman terhadap lelaki itu sehingga 27 Jun, dikeluarkan Penolong Pendaftar Roslizawati Mohd Zanin di Mahkamah Majistret Putrajaya, selepas SPRM membuat permohonan tersebut hari ini. Penolong setiausaha bahagian kementerian itu pula direman lima hari bermula semalam hingga 27 Jun.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu