Social
278

Kes Rasuah : Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah direman

Alor Setar – Lima individu termasuk empat kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah di Kedah direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah pada 2019 dan 2020.

Perintah reman ke atas mereka yang berusia 48 hingga 57 tahun termasuk seorang wanita itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut sumber SPRM, mereka disyaki menerima rasuah daripada seorang pemilik tanah sebagai balasan mendaftarkan 41 nama pemilik lain ke dalam hak milik tanah tanpa melalui urusan pindah milik tanah yang sah.

Katanya kelima-limanya ditahan antara 8.20 pagi hingga 4.20 petang semalam di beberapa lokasi di sekitar Alor Setar, Pendang dan Langkawi untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan perkara itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mengesan jika terdapat individu lain disyaki turut terlibat dalam kes itu, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu