Kuala Lumpur Post

Social

Kes Rasuah : Pengerusi MPKK ditahan SPRM

GEORGETOWN — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM5,000.

Wang itu dipercayai daripada kontraktor pembinaan sebagai dorongan bagi tidak diganggu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 1.30 petang Jumaat.

Ia dipercayai bagi mengelak diganggu PBT ketika melaksanakan aktiviti pembinaan tambahan dan ubah suai kediaman walaupun sudah mendapat kelulusan pelan bangunan yang dikeluarkan pihak berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah Bee ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

“Bagaimanapun, suspek akan dilepas esok dengan jaminan SPRM selepas kenyataan direkodkan,” katanya di sini.