Social
195

Kes rogol rakan ADUN: Suspek, saksi akan dipanggil semula

Kuala Lumpur – Polis dijangka memanggil semula suspek dan saksi kes rogol disyaki membabitkan rakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Disember tahun lalu, untuk dirakam keterangan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata setakat ini, pihaknya menahan dua individu bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, namun sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kita terima laporan kes itu pada Disember tahun lalu dan buat tangkapan pada bulan sama.

“Kemungkinan besar kita akan panggil semula suspek dan saksi kes itu untuk disiasat daripada sudut lain selepas menerima laporan baharu berkaitan kejadian sama.

“Polis giat melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita membuat laporan polis pada 7 Disember tahun lalu, berhubung dakwaan dirogol seorang rakan ADUN.

Dua individu dikatakan ditangkap keesokannya, namun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. – BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu