Social
569

Kes rogol tahanan : Inspektor bebas dengan jaminan polis

Kota Bharu – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki merogol seorang tahanan wanita minggu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, berkata pegawai berkenaan yang direman selama tujuh hari dibebaskan jam 12 tengah hari tadi.

Katanya, siasatan kes berkenaan sudah selesai dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

“Pegawai polis berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis kerana dia tidak akan melarikan diri memandangkan bertugas sebagai polis. Pegawai polis itu akan bertugas seperti biasa kerana dia belum lagi didapati bersalah,” katanya sambil menambah inspektor berkenaan sebelum ini direman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Media sebelum ini melaporkan pegawai polis berusia 29 tahun itu ditahan selepas didakwa memaksa tahanan wanita berusia 27 tahun melakukan seks oral di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini.

Kejadian itu didakwa berlaku pada 5 Jun lalu, ketika pegawai berkenaan menjalankan siasatan ke atas tahanan wanita yang ditangkap bersama bekas suaminya berhubung kes dadah. — BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu