Social
211

Kes samun : 2 anggota penguat kuasa antara 4 ditahan

Beluaran – Dua anggota agensi penguat kuasa antara empat suspek ditahan selepas didapati terbabit dalam kes samun berkumpulan di Kampung Rampek awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, semua suspek berusia antara 25 sehingga 43 tahun itu berjaya ditahan di daerah Sandakan.

Antara barangan yang dirampas pihak polis menerusi penahanan empat lelaki termasuk dua anggota penguatkuasa yang terbabit dalam kes samun berkumpulan di Kampung Rampek semalam. -FOTO: IHSAN IPD BELURAN-

“Tangkapan dibuat hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran selepas menerima laporan polis daripada mangsa, semua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Beluran untuk membantu siasatan lanjut.

“Kita turut merampas sebuah kereta jenis Proton Preve, pelbagai telefon bimbit, gari serta wang tunai berjumlah RM5,000 yang digunakan kumpulan ini dalam kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, semua suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah sehingga 22 Oktober depan bagi melengkapkan siasatan penuh, lapor Kosmo Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu