Social
400

Kes samun : 7 termasuk 5 anggota penguat kuasa ditahan

Kuala Lumpur – Polis menahan tujuh individu termasuk lima anggota agensi penguat kuasa semalam dan kelmarin, selepas disyaki terbabit kes samun berkumpulan.

Risikan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras membawa kepada penahanan lima lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 30 tahun di Jalan Pekan Salak Selatan, Pandan Indah, Salak Selatan, Pudu, Ampang dan Kajang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata dua motosikal jenis Yamaha, kunci motosikal Honda, sebuah kereta Proton Iswara, tiga telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM3,000 serta pakaian dipercayai digunakan suspek untuk merompak turut dirampas.

“Pada jam 11 malam kelmarin, kita menahan seorang lelaki di Jalan Pekan Salak Selatan dan soal siasat suspek membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki di Pandan Indah pada jam 1.20 pagi semalam.

“Pada jam 8.30 pagi hari sama, kita menahan lima suspek di empat lokasi berasingan dan keseluruhannya tujuh orang ditangkap termasuk lima yang bekerja di agensi penguatkuasaan kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Idzam berkata, semakan lanjut mendapati tiga suspek mempunyai rekod jenayah termasuk samun dan dadah, manakala ujian saringan awal air kencing mengesahkan semuanya negatif dadah.

“Semua suspek ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil dan lokap Balai Polis Salak Selatan Baru. Mereka direman hingga Isnin depan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya, lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu