Social
451
0

Kes tembak anggota PGA: 3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman

Kangar – Seramai 18 lelaki warga Thailand dan tempatan direman, hari ini selepas disyaki terbabit dalam kes serangan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar, semalam.

Semua suspek terbabit direman antara empat hingga tujuh hari susulan kejadian yang menyebabkan seorang anggota PGA terbunuh manakala seorang lagi parah.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah selepas mendapat permohonan pihak polis yang melakukan siasatan berhubung kejadian terbabit.

Mereka direman itu adalah tiga lelaki warga Thailand dan 15 warga tempatan yang ditahan polis dalam operasi dan tangkapan dilakukan sejak pagi semalam.

Dalam kejadian pada 3.10 pagi semalam, Koperal Baharuddin Ramli, 54, meninggal dunia di lokasi, manakala rakannya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu