Nation
94

Kes tembak anggota TUDM: Polis sedang tunggu laporan pakar patologi

Kuching – Polis sedang menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pakar patologi mengenai empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam insiden tembakan di kem TUDM, Kota Samarahan, 13 Ogos lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata sampel barang kes meliputi sampel asid deoksiribonukleik (DNA), senjata api serta kelongsong peluru telah dihantar ke Jabatan Kimia dan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk analisa saintifik.

Beliau berkata telefon bimbit milik mangsa juga telah dihantar ke Jabatan Kimia dan Forensik PDRM untuk analisa bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

TUDM sebelum ini memaklumkan berlaku satu insiden tembakan pada 13 Ogos lepas membabitkan empat anggota pasukan itu pada pukul 7.15 pagi di Unit TUDM di Kota Samarahan, ketika waktu anggota bertugas.

Empat anggota yang terkorban dalam insiden berkenaan ialah Kpl Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, Kpl Udara Mohamad Ehsan Sehamat, Kpl Udara Ho Swee Boon dan Laskar Udara Nesly Anak Nabau, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu