Social
464

Kes tembak, tikam : 3 suspek ditahan

Sungai Petani – Polis menahan tiga suspek lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 34 tahun susulan kes pembunuhan seorang penternak lembu berusia 38 tahun yang mayatnya ditemui dengan kesan tembakan dan tikaman di Estet Kongsi 14, Jalan Bukit Selambau dekat sini semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, siasatan sedang dilakukan daripada semua sudut bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar.

“Kita masih siasat lagi kenapa berlaku demikian dan sama ada ia berpunca daripada pergaduhan, ia masih dalam siasatan kita.

“Ada yang kata pergaduhan kongsi gelap dan dadah, kita pun belum pasti lagi dan siasatan akan terus dilakukan termasuk melakukan penahanan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

“Kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu