Nation
210

Kesatuan dalam perbezaan, kehebatan sebenar Keluarga Malaysia : Ismail Sabri

Kuala Lumpur – Kesatuan dalam perbezaan adalah kehebatan sebenar Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Merujuk suasana perayaan Deepavali yang disambut penganut beragama Hindu semalam, beliau berkata rakyat berbilang bangsa bersama-sama meraikannya dengan penuh harmoni.

“Seronok melihat tetamu-tetamu yang berbilang bangsa sama-sama meraikan perayaan ini dengan penuh harmoni.

“Mungkin di negara lain suasana seperti ini sukar dilihat. Namun ini adalah perkara biasa di Malaysia. Kesatuan dalam perbezaan, itulah kehebatan sebenar Keluarga Malaysia,” menurutnya dalam catatan di laman Facebook.

Perdana Menteri turut berkongsi tiga keping gambar ketika beliau berkunjung ke rumah bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran semalam.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar serta Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu