Social
514

Ketua jabatan ditahan minta rasuah seks

Kota Kinabalu – Seorang pejawat awam sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki meminta rasuah berbentuk perkhidmatan seks daripada seorang wanita.

Lelaki berusia 51 tahun yang bertugas sebagai ketua jabatan di Keningau terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam di sebuah hotel daerah sama.

Menurut sumber, perkhidmatan seks terbabit adalah sebagai suapan untuk suspek memberikan sokongan kepada wanita berkenaan bagi mendapatkan pinjaman pertanian.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Suspek telah ditahan selama sehari untuk diambil keterangan, namun dilepaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM10,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya dalam kenyataan media sebentar tadi. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu