Nation
181

Ketua Pengarang Malay Mail meninggal dunia

Kuala Lumpur – Ketua Pengarang Malay Mail Datuk Wong Sai Wan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini, awal pagi tadi.

Mendiang berusia 59 tahun.

Perkara itu disahkan anak mendiang Wong Chee Mun ketika dihubungi Bernama.

Menurut Chee Mun, ayahnya yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan angin ahmar, dimasukkan ke hospital itu kerana kurang sihat.

Menurut Chee Mun, mendiang bapanya disahkan meninggal dunia kira-kira 6 pagi tadi.

Selain Chee Mun, mendiang meninggalkan isteri, Loo Poh Ling dan anak perempuan Wong Yik Pen, 25.

Wong memulakan kerjayanya sebagai wartawan dengan akhbar The Star pada awal 1980-an dan antara jawatan yang pernah disandangnya di akhbar itu ialah pewarta di Hong Kong.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarang Malay Mail Joseph Raj berkata pemergian Wong akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka di Malay Mail.

“Beliau bukan sahaja Ketua Pengarang kami tetapi juga seorang kawan yang sentiasa bersedia membantu apabila kami memerlukan bimbingan dan pertolongan, baik dalam soal kerja mahupun berkaitan isu peribadi,” katanya. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu