Nation
180
0

Ketua Setiausaha Negara kuarantin kendiri

Putrajaya – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali kini menjalani kuarantin kendiri ekoran menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19, 22 Januari lalu.

Mohd Zuki yang memuat naik hantaran ke Facebook hari ini memaklumkan beliau akan menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sehingga 31 Januari ini, atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Walau bagaimana pun, situasi ini tidak akan mengganggu urusan pentadbiran Perkhidmatan Awam kerana saya akan terus melaksanakan amanah ini dengan bekerja dari rumah bagi mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan atau dihadiri oleh saya.

“Sidang media Pengurusan Darurat yang sepatutnya diadakan pada petang ini terpaksa dibatalkan dan saya akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan mekanisme pentadbiran Pengurusan Darurat,” katanya melalui hantaran itu.

Sebelum ini, Mohd Zuki dijadualkan mengadakan sidang media yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen RTM dan BERNAMA TV, pada 2.30 petang. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu