Nation
17K

Khairuddin nafi ditahan di SJR, hubungan dengan selebriti

Kuala Terengganu – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali hari ini menafikan mempunyai hubungan dengan seorang selebriti wanita sebagaimana yang hangat diperkatakan dalam media sosial.

Mohd. Khairuddin berkata, segala cerita yang disensasikan itu termasuk penahanannya di sekatan jalan raya (SJR) Perasing adalah tidak benar dan berniat buruk untuk menjatuhkan reputasinya.

“Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu dan tidak benar,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook.

Terdahulu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik mengesahkan kenderaan Mohd. Khairuddin Aman Razali melalui sekatan jalan raya (SJR) di Perasing, Kemaman pada 16 Mei lalu.

Sejak Rabu lalu, tular maklumat menerusi aplikasi WhatsApp berhubung penahanan Mohd. Khairuddin di SJR Perasing dan turut berada dalam kenderaan itu dikatakan seorang wanita iaitu bekas isteri kepada Fizo Omar, Mawar Karim. – Utusan Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu