Nation
215

Khairy akan bincang dengan KPM wajibkan vaksinasi untuk guru

Putrajaya – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengenai mandat vaksinasi untuk guru.

Beliau berkata mandat sama ada vaksinasi akan diwajibkan ke atas golongan itu atau sebaliknya mempunyai implikasi perundangan yang tersendiri.

“Saya perlu mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pendidikan (KPM). Terdapat juga implikasi perundangan, jadi pihak kami perlu berbincang dengan Menteri Pendidikan mengenai mandat ini sama ada ia boleh diwajibkan,” katanya dalam temu bual khas di Kementerian Kesihatan.

Terdahulu, Radzi berkata KPM telah menetapkan bahawa guru yang enggan divaksin tidak akan dibenar berinteraksi dengan pelajar secara bersemuka apabila sekolah dibuka pada 3 Okt bagi memastikan ekosistem sekolah adalah selamat untuk pelajar.

Beliau berkata masih terdapat seramai 2,500 guru yang tidak divaksin manakala sejumlah 96.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 85.26 peratus sudah melengkapkan dua dos suntikan, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu