Nation
281
0

Khairy cedera ringan, terjatuh ketika berbasikal

Putrajaya – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin cedera di bahagian muka selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti berbasikal di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor.

Setiausaha Akhbarnya Raja Syahrir Raja Abu Bakar‏ ketika dihubungi memberitahu Khairy terjatuh selepas basikal ditunggangnya melanggar sebuah lubang di atas jalan raya kira-kira 11 pagi semalam.

Khairy mengesahkan perkara itu melalui akaun Twitter miliknya dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan keadaan muka yang lebam dan gambar lokasi kejadian berkenaan.

Raja Syahrir ‏ menerusi satu hantaran di laman Twitternya memaklumkan bahawa Khairy hanya mengalami kecederaan ringan.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj (Khairy) hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius,” katanya. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu