Nation
98

Khairy tekad banteras budaya kerja toksik di hospital

KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bertekad membanteras budaya kerja toksik di hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau yang menyifatkan suasana persekitaran kerja yang amat berbeza antara ‘zaman dahulu’ dan sekarang, mahukan supaya suasana hormat menghormati dan saling menyokong antara rakan sekerja perlu diwujudkan.

“Persekitaran kerja mesti ada saling menghormati, sokongan dan pemerkasaan, bukan bersidat mendera dan memalukan,” katanya menerusi hantaran di Twitter.

Katanya beliau telah melawat dan mendengar pengalaman doktor pelatih di Hospital Selayang sebelum mereka melakukan ‘rondaan’ pagi ini, selain turut memuat naik beberapa gambar hasil pertemuannya dengan mereka.

“Banyak perkara yang diluahkan kepada saya. Ada jabatan yang mempunyai ‘persekitaran kerja’ yang bagus. Ada pula yang boleh diperbaiki,” katanya.

Pada 17 April lepas, seorang doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran Hospital Pulau Pinang, dan semalam Khairy memaklumkan Unit Integriti KKM diarah menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan buli di hospital itu, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu