Kuala Lumpur Post

Social

Khianat api di rumah Ngeh Koo Ham: Polis rakam keterangan 7 saksi

IPOH — Polis mendapatkan keterangan daripada tujuh individu berhubung kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini.

“Polis juga memantau dan meningkatkan rondaan di kawasan kediaman Ahli Parlimen itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian awal pagi semalam, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api).

Tags: , , ,