Social
60

Kilang sabun dan syampu musnah terbakar

Shah Alam – Sebuah bangunan kilang membuat sabun dan syampu di Seksyen U15 di sini musnah terbakar dalam satu kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang tadi, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Hafisham Mohd Noor berkata sebuah lagi bangunan kilang syarikat tersebut turut mengalami kebakaran sebanyak 20 peratus.

Beliau berkata kebakaran kilang yang berkeluasan 20×20 kaki per segi setiap satu itu walau bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

“JBPM menerima panggilan pada 5.06 petang dan kami sampai ke lokasi pada 5.16 petang dan balai yang terlibat dalam operasi pemadaman adalah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dan BBP Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu