Social
386

Kim Jong-un ugut bunuh peminat K-pop

Pyongyang – Pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un menggelar budaya pop Korea Selatan (K-pop) ibarat barah yang merosakkan fesyen rambut rakyat  Korea Utara dan mengugut untuk membunuh peminat K-pop, lapor akhbar The Sun semalam.

Jong-un bimbang muzik, filem dan rancangan televisyen dari Korea Selatan yang  diseludup masuk ke negara itu akan mempengaruhi anak muda Korea utara dan memberi pengaruh buruk kepada rejim pemerintahannya.

Budaya di Korea Utara adalah ditentukan oleh pemerintah negara itu,  namun anak mudanya dikatakan secara sembunyi telah menikmati muzik K-pop yang diseludup dari sempadan.

Jong-un berkata,  budaya K-pop telah merosakkan pakaian, gaya rambut, ucapan dan tingkah laku penduduk di negaranya, lapor akhbar New York Times.

Disember lalu, negara komunis itu memperkenalkan undang-undang baharu bahawa sesuapa yang menonton atau memiliki bahan hiburan dari Korea Selatan akan dihantar ke kem buruh selama 15 tahun, manalaka sesiapa yang menyeludup masuk bahan hiburan seperti muzik, rancangan televisyen atau filem daripada negara seberang itu pula boleh dikenakan hukuman mati.

Undang-undang baharu itu dibuat selepas Jong-un menuduh pengaruh luar boleh merosakkan rejim pemerintahannya.

Menurut laporan, Jong-un memberi amaran bahawa perubahan serius dalam ideologi dan keadaan mental dalam kalangan generasi muda di negara itu sedang berlaku.

“Kita harus berhati-hati dengan sedikit pun tanda-tanda gaya hidup kapitalis dan berjuang untuk menyingkirkannya,” tulis akhbar rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea.

Pemimpin utama itu juga melarang pemakaian kemeja-T yang menampilkan slogan dan tindik pada hidung dan bibir.

Bulan lalu, seorang lelaki di Korea Utara ditembak oleh pasukan penembak di hadapan 500 orang awam kerana menjual muzik dan filem K-pop secara haram. — Agensi

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu