Nation
209

KKM nafi beri kebenaran rentas negeri bagi individu lengkap dos vaksin

Kuala Lumpur – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini  menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang telah lengkap menerima dos vaksin, seperti yang sedang tular di media sosial.

KKM menjelaskan petikan video tular yang dimaksudkan merupakan video siaran berita arus perdana bertarikh 1 April lepas yang berdurasi selama satu minit serta telah disunting dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp untuk mengelirukan orang ramai.

Kementerian itu menasihati masyarakat untuk sentiasa membuat semakan di media sosial rasminya untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu