Nation
100
0

KKM nafi keluar surat kebenaran edar vaksin

Kuala Lumpur – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan pihaknya mengeluarkan surat kebenaran pengedaran vaksin seperti artikel bertajuk ‘Mestron edar vaksin Covid-19 dari China bertarikh 29 Januari lepas.

KKM turut menegaskan ia tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan atau surat kebenaran kepada swasta atau pihak lain untuk membeli atau mengedar vaksin Covid-19 di Malaysia.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada semalam.

KKM menjelaskan setakat ini, hanya kementerian itu yang diberi peruntukan kuasa untuk mengurus akses dan membeli vaksin Covid-19.

Katanya ia selaras dengan tugas KKM menguatkuasakan hal ehwal perubatan menerusi agensi kementerian tersebut iaitu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Penyakit Tidak Berjangkit yang juga dikenali sebagai Bahagian Kawalan Penyakit (NCD). — Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu