Nation
202

KKM tingkat penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan

Kuala Lumpur – Penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan akan ditingkatkan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi ciapan dalam Twitternya hari ini berkata beliau telah mengarahkan pasukan penguat kuasa untuk berbuat demikian semalam.

“Semalam saya telah minta penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingkatkan lagi.

“Sambil memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pandemik, boleh denda perokok yang langgar larangan tersebut. Sekali harung,” katanya.

Penguatkuasaan penuh Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 pindaan 2018 iaitu larangan merokok di semua premis makanan termasuk premis makanan terbuka, telah bermula pada 1 Jan 2020, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu