Nation
149

KKMM cadang guna satelit tambah baik sistem komunikasi ketika bencana : Zahidi

Kuala Lumpur – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang menggunakan teknologi satelit sebagai penambahbaikan sistem komunikasi ketika berdepan situasi bencana, kata Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata penambahbaikan itu bagi mengelakkan berlaku gangguan rangkaian telekomunikasi ketika bencana, seperti keadaan dialami ketika banjir besar yang melanda negara pada akhir Disember lepas.

Katanya, penggunaan teknologi satelit termasuk satelit rangkaian 5G turut dapat membantu dalam pengurusan situasi bencana alam seperti menghantar amaran awal bencana kepada orang awam.

“Kita lihat bila berlaku banjir, ‘line’ (capaian) menara telekomuniksi terjejas kerana elektrik tiada…’call’ (panggilan) tak dapat.

“Solusinya, kita mahu adakan satelit…kalau boleh kerajaan bincang dengan negara yang ada (teknologi) satelit termasuk satelit 5G. Ini adalah perancangan KKMM,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, di sini semalam.

Katanya, kos penggunaan teknologi satelit lebih rendah selain tempoh untuk melaksanakannya singkat iaitu hanya lapan bulan, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu