Nation
266

KL & beberapa daerah di Johor, Perak dikenakan PKP

Kuala Lumpur – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 7 Mei sehingga 20 Mei 2021, maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ini jelasnya, selepas meneliti pembentangan serta cadangan daripada Kementerian Kesihatan.

“Sejak 1 April sehingga 27 April 2021, KKM mengesahkan sebanyak 17 kluster baru telah direkodkan di seluruh WP Kuala Lumpur dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat,” katanya hari ini.

Ismail berkata SOP bagi PKP Kuala Lumpur sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

Selain itu, beberapa daerah serta mukim di Johor, Perak dan Terengganu turut dikenakan perintah PKP.

Di Johor, PKP melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi.

PKP di Perak pula membabitkan Mukim Taiping, Daerah Larut, Matang dan Selama. – Malaysiakini

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu