Social
2K
0

Komen lucah: Wanita mengaku malu dengan tindakan suami

Petaling Jaya – Seorang wanita terpaksa menanggung malu susulan tindakan suaminya yang menghantar komen berbaur lucah di aplikasi Facebook ketika sesi sidang media harian Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri, semalam.

Mengakui malu dengan tindakan si suami, wanita hanya dikenali sebagai ‘Puan Dilla’ berkata, komen dimuatnaik menggunakan akaun Facebook miliknya secara tanpa pengetahuan.

Tambah wanita itu yang juga seorang guru, segalanya sudah terlambat walau telah memadam komen tersebut memandangkan ia sudah ditularkan di laman sosial.

“…akaun itu milik saya puan Dilla. Tiada kata-kata untuk saya ungkapkan sebagai seorang beragama Islam, seorang guru, seorang anak, seorang isteri.

“Apa tindakan saya sebagai seorang isteri yang bila mana suami menggunakan akaun Facebook saya meluahkan kata-kata seperti itu.

“Walaupun saya dah padam benda dah tersebar. Saya rasakan ini ujian bagi saya,” katanya di media sosial.

Semalam, tular di media sosial apabila sebuah akaun pengguna Facebook memohon kerajaan menamatkan segera Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan tidak lagi mampu melayani ‘kehendak’ suami.

Luahan yang dimuatnaik di ruangan komen sidang media harian Menteri Kanan (Keselamatan) itu kemudian tular di media sosial.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan suami wanita terbabit dan menganggap ia sebagai keterlaluan. – The Malay Mail

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu