Nation
883

Komen perkauman : Bekas Naib Ketua Bersatu Pasir Puteh mohon maaf

Pasir Puteh – Bekas Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pasir Puteh, Borhanuddin Che Rahim memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung status di Facebook berbaur perkauman terhadap pemain badminton perseorangan wanita negara, S.Kisona.

Borhanuddin yang menggunakan akaun Facebook bernama Borhan Che Rahim itu berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merendah-rendahkan individu atau kaum ketika menulis status di media sosial.

“Saya tidak berniat menghina pemain badminton negara dengan panggilan tersebut. Sebaliknya, ia merupakan bahasa dialek percakapan yang merujuk kepada orang India. Ini adalah satu kekhilafan yang telah saya lakukan tanpa mengkaji kesannya.

“Dengan ini, saya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kepada yang terkesan akibat hantaran tersebut. Saya juga akan memperbaiki sikap saya kelak,” katanya, lapor Kosmo Online.

Terdahulu, tular di media sosial hantaran berbaur perkauman yang ditulis pemilik akaun Facebook, Borhan Che Rahim terhadap Kisona selepas pemain perseorangan wanita negara itu tewas di tangan pemain Jepun pada aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland.

Tulisan tersebut menerima kecaman pelbagai pihak termasuk Persatuan Badminton Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan terbabit.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu