Nation
99

Kompaun masjid: Pegawai kesihatan ikut garis panduan

Kuantan – Jabatan Kesihatan Pahang menegaskan tindakan pegawainya mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada pengurusan Masjid Sri Maulana, Pekan baru-baru ini adalah mengikut garis panduan dan tatacara sedia ada.

Pengarahnya Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah berkata pegawai berkenaan juga telah menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh hemah dan sempurna.

“Sebarang usaha memperkecil tindakan dan prosedur tersebut (mengeluarkan kompaun) boleh diertikan sebagai mencabar peruntukan undang-undang yang diwartakan.

“Pihak Jabatan Kesihatan Pahang telah membuat laporan polis berhubung mesej yang berkisar di media sosial berkaitan isu pengeluaran kompaun itu,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Pada 20 April lepas, Dr Bahari mengesahkan pengurusan masjid berkenaan dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan seperti disyaratkan dalam prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa.

Kompaun itu bagaimanapun telah dibayar dengan diskaun pengurangan sebanyak RM5,000.

Gambar kompaun itu tular di media sosial dan beberapa hari kemudian, gambar serta maklumat media sosial pegawai yang mengeluarkan saman tersebut juga tular dan mendapat pelbagai reaksi warganet termasuk ada yang mengecam tindakan beliau. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu