Nation
1K

KPDNHEP tidak terima laporan kenaikan harga sayur : Rosol

Teluk Intan – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tidak menerima sebarang aduan berhubung kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran setakat ini, sekalipun ada laporang tentang rungutan orang ramai berhubung isu itu.

Sebaliknya kata Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid, harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini amat berpatutan malah terdapat beberapa jenis sayur yang mengalami penurunan harga berbanding musim perayaan sebelum ini.

“Contohnya seperti cili, semasa musim perayaan kita tetapkan harga RM15 sekilogram, hari ini sudah turun hingga RM6 sekilogram.

“Harga ini juga bergantung pada jenis kesegaran sayur, yang segar mungkin mahal sikit, yang ‘tua’ mungkin murah sikit tetapi kalau ada maklumat (mengenai kenaikan harga) boleh maklumkan kepada pihak kita,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan pemeriksaan minyak masak dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di beberapa pasar raya di sekitar Teluk Intan hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai rungutan pengguna terhadap harga sayuran antaranya tomato, timun, salad dan halia yang didakwa naik mendadak sejak beberapa minggu lepas.

Sementara itu, Rosol berkata penguatkuasaan pematuhan SOP dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dari 1 hingga 11 Jun lepas telah merekodkan 160 kes dengan nilai kompaun RM1.09 juta melibatkan syarikat dan individu di bawah Akta 342.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan ialah gagal mendaftar masuk menggunakan buku atau aplikasi MySejahtera sebanyak 22 kes, gagal menyediakan garisan penjarakan satu meter (18 kes) dan menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan (15 kes). — Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu