Social
625

KPN dedah 34 anggota penguat kuasa terlibat dengan Geng Nicky

Kuala Lumpur – Sekurang-kurangnya 34 pegawai dan anggota daripada agensi penguatkuasaan terlibat dan melindungi Geng Nicky yang dikesan mula beroperasi pada 2014.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador enggan mendedahkan agensi yang terlibat namun mengesahkan ada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut sama bersekongkol dengan sindiket berkenaan.

“Terdapat beberapa orang pegawai polis yang dipercayai terlibat membantu sindiket ini dan akan saya ambil tindakan.

“Tidak ada lagi amaran-amaran, sudah puas dan sudah cukup amaran diberikan kepada mereka supaya dari dulu lagi telah saya katakan, putuskan apa juga hubungan mereka dengan kumpulan ini.

“Tetapi nampak gayanya, daripada hasil tindakan yang diambil ini terdapat pengkhianat di kalangan anak buah saya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Selasa.

Dalam pada itu, Abdul Hamid menegaskan, PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap anggotanya yang membocorkan maklumat operasi sehingga Nicky Liow sempat melarikan diri dan membawa banyak wang tunai.

Tegasnya, tiada lagi tindakan tatatertib akan dikenakan sebaliknya mereka akan disiasat mengikut undang-undang jenayah.

“Buat masa ini belum ada tangkapan dibuat terhadap pegawai polis dan anggota agensi penguatkuasa terbabit.

“Saya nak tengok sejak bila mereka ambil duit atau dibayar untuk tutup mulut. Sewaktu saya atau sebelum saya (jadi Ketua Polis Negara).

“Senarai mereka terlibat yang diperolehi akan diperhalusi dan siasat. Selepas yakin dan bukti cukup (akan tangkap),” katanya. – Astro Awani

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu