Social
274

Kren di tapak pembinaan tumbang

George Town – Struktur kren di tapak pembinaan sebuah hospital swasta di Jalan Masjid Negeri di sini tumbang dengan sebahagiannya menimpa laluan pejalan kaki berhampiran tapak projek berkenaan, semalam.

Bagaimanapun, kejadian kira-kira 7 malam itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa melibatkan pekerja dan orang ramai namun berlaku kerosakan di laluan pejalan kaki berkenaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Yew Tung Seang berkata pihaknya telah mengarahkan perunding projek itu untuk menyerahkan laporan lengkap berhubung kejadian tersebut.

“Saya telah pergi ke lokasi kejadian semalam untuk melihat insiden itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan, MBSP akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung insiden tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, projek itu melibatkan penambahan bangunan hospital itu yang dijalankan bermula Jun lepas dan ketika ini hanya kerja persiapan awal dijalankan di tapak projek tersebut, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu