Social
159

Kru kapal maut terkena renjatan elektrik

Lumut – Lelaki warga Thailand yang juga kru bot nelayan tempatan maut dipercayai akibat renjatan elektrik ketika berada di atas bot di kedudukan 26.8 batu nautika barat laut Pulau Pangkor, di sini, pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Perak Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata mangsa yang berusia 54 tahun itu meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung kira-kira pukul 6 pagi.

Shahrizan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan kira-kira 1.27 pagi tadi sebelum Kapal Maritim (KM) Gagah dikerahkan ke titik koordinat kecemasan tersebut bagi melaksanakan pemindahan dan bantuan perubatan kepada mangsa.

“Pihak Hospital Seri Manjung turut dimaklumkan bagi bantuan kecemasan dan perubatan terhadap mangsa. Operasi mencari dan menyelamat juga telah diaktifkan oleh Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi.

“Setibanya di lokasi kejadian kira-kira 2.30 pagi, kru kapal segera melaksanakan pemindahan mangsa dari bot ke kapal dan seterusnya dibawa ke jeti Pasukan Gerakan Marin (PGM) Kampung Acheh bagi pemindahan mangsa kepada pihak hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata hasil maklumat di lokasi, kejadian dilaporkan berpunca daripada renjatan elektrik di atas bot berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami melecur separuh badan dan ketika ditemukan, mangsa dalam keadaan separa sedar.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu