Nation
233

KSM ARAH SIASAT INSIDEN RUNTUHAN PERANCAH DI PROJEK LRT3

Klang, 30 Julai 2021- Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Ibu Pejabat dan JKKP Selangor untuk memulakan siasatan dengan segera, susulan insiden runtuhan perancah (scaffolding) yang berlaku di tapak Projek Light Rail Transit Line 3 (LRT3), di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi, Klang, semalam.

Siasatan komprehensif yang akan dijalankan turut membabitkan penglibatan Bahagian Kejuruteraan Forensik dan Bahagian Keselamatan Tapak Bina, JKKP Ibu Pejabat bagi mengenalpasti punca kejadian serta untuk menentukan sama ada terdapat pelanggaran kehendak perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya semasa bekerja mahupun orang awam di tempat kerja yang berada di bawah kawalannya.

KSM ingin menegaskan bahawa Kementerian sentiasa memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan termasuklah kes kemalangan membabitkan sektor pembinaan.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu