Nation
1K

KSM: OPERASI AKTA 342 di GARDENIA BAKERIES PUCHONG

Puchong, 25 Jun ‘21- Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan telah mengetuai operasi pematuhan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] dan Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139] yang berlangsung di Puchong, Selangor.


Operasi ini dijalankan bagi memastikan semua premis tanpa mengira sektor kekal patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuklah melaksanakan kaedah bekerja dari rumah (BDR) dan memastikan kehadiran pekerja sektor swasta dalam perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan tidak melebihi had yang dinyatakan dalam surat kebenaran beroperasi.


Sebarang kesalahan yang dikenalpasti menerusi operasi hari ini akan diambil tindakan perundangan menurut peruntukan undang-undang yang berkenaan.


Kementerian Sumber Manusia (KSM) memandang serius situasi penularan wabak COVID-19 terutamanya melibatkan kluster tempat kerja dan penginapan pekerja dan sentiasa mengambil pelbagai pendekatan dalam memastikan semua pihak sama ada majikan, pekerja mahupun orang awam kekal patuh terhadap SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkini.


KSM sekali lagi menyeru semua pihak agar bekerjasama meningkatkan kepatuhan terhadap SOP PKP bagi mengekang dan memutuskan rantaian pandemik COVID-19, demi kelangsungan ekonomi, sosial serta kesejahteraan pekerja, majikan dan negara.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu