Nation
427

KSM : OPERASI PEMATUHAN AKTA 446 DAN SOP PKP 3.0

Kuala Lumpur, 28 Mei 2021- Kementerian Sumber Manusia (KSM) melaksanakan Operasi Pematuhan Akta 446 dan SOP PKP 3.0.

Operasi ini diadakan sebagai antara langkah berterusan Penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] di bawah Ordinan Darurat (Pindaan) 2021 dan juga untuk memastikan pematuhan majikan terhadap SOP PKP 3.0 yang berkuatkuasa sejak 25 Mei sehingga 7 Jun 2021.

Operasi hari ini disertai oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia juga YBhg. Dato’ Jamil bin Rakon, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) serta Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor. Operasi ini juga turut melibatkan pegawai-pegawai daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Premis yang diperiksa pada hari ini merupakan sebuah kilang yang menjalankan aktiviti pengeluaran dan pembuatan produk berasaskan logam dan penjualan peralatan gas.

Premis ini menggajikan seramai 556 orang pekerja dengan pecahan seramai 386 orang pekerja tempatan dan 170 orang pekerja asing.

Majikan menyediakan penginapan berbentuk rumah teres kepada para pekerja mereka yang berhampiran premis pekerjaan dan telah mendapat Perakuan Penginapan daripada pihak JTKSM. Dan melalui pemeriksaan pada hari ini, pihak majikan didapati mematuhi segala peraturan yang ditetapkan di bawah Akta 446.

KSM menggesa semua majikan selaku pemain industri agar sama-sama mematuhi akta yang sedang berkuatkuasa dan juga SOP PKP 3.0.

Ini bagi mengelakkan mereka berdepan tindakan undang-undang yang tegas jika disabitkan kesalahan di bawah Akta 446 Ordinan Darurat (Pindaan) 2021. Tindakan tegas ini juga adalah perlu bagi memastikan usaha Kerajaan melaksanakan PKP 3.0 berjaya selain memastikan pematuhan kepada Akta yang sedang dikuatkuasakan. -Kuala Lumpur Post

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu