Nation
181

KSN adakan mesyuarat khas KSU, ketua perkhidmatan

Putrajaya – Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini mempengerusikan mesyuarat khas ketua-ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua-ketua perkhidmatan secara maya untuk memastikan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat tidak terjejas.

Mohd Zuki berkata beliau bersama-sama seluruh kepimpinan perkhidmatan awam akan terus teguh bekerja sehabis baik bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan dalam situasi semasa yang mencabar.

Menurut perkongsian dalam laman Facebook, beliau berkata setiap kementerian dan agensi terus memberikan tumpuan kepada usaha memulihkan ekonomi dan mempergiat pelaksanaan dasar-dasar sedia ada demi kelangsungan hidup rakyat dan negara.

“Insya-Allah, negara kita akan terus ditadbir dengan baik melalui komitmen tidak berbelah bahagi para penjawat awam daripada semua sektor baik keselamatan, pertahanan, kesihatan, ekonomi, pendidikan dan sebagainya,” katanya.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya.

Peletakan jawatan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka juga berkenan Muhyiddin untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau ‘caretaker’ sehingga perdana menteri baharu dilantik, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu