Nation
439

Ku Li letak jawatan Pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat UMNO

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.

Dalam surat bertarikh 20 September itu, Tengku Razaleigh turut memaklumkan melepaskan jawatan itu berkuat kuasa tarikh berkenaan.

“Saya suka juga mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi saya kesempatan memainkan peranan kecil dalam perjalanan parti kita,” katanya dalam surat yang dialamatkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat BH.

Dalam surat itu Tengku Razaleigh juga menyatakan kekecewaan terhadap jemaah menteri pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini.

Katanya, Perhimpunan Agung UMNO 2020 sudah meluluskan sebulat suara usul untuk memutus sebarang kerjasama dengan BERSATU, tetapi usul itu mengambil masa untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun katanya, apabila usul itu dikuatkuasakan, ia memberi kesan segera sehingga pimpinan kerajaan yang tidak mempunyai sokongan sebagaimana dikehendaki Perlembagaan terpaksa meletak jawatan tanpa menunggu pengundian menolaknya di Dewan Rakyat, lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu