Nation
2K

Ku Li mohon tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah memohon agar tempat duduknya di Dewan Rakyat dipindahkan atas alasan beliau ditempatkan dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan.

Dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, wakil rakyat UMNO itu memohon agar tempat duduknya dipindahkan berhampiran blok Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini.

“Dengan hormatnya suka saya memaklumkan bahawa saya tidak ingin terus berada di kerusi yang telah disediakan untuk saya dalam Dewan Rakyat bersama-sama dengan lain-lain anggota Dewan Rakyat yang ditempatkan dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan yang ada.

“Dari awal lagi saya tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh yang mengguna nama kerajaan Perikatan Nasional,” katanya dalam surat bertarikh 26 Julai.

Sementara itu, Azhar dalam kenyataan media hari ini mengesahkan menerima surat tersebut.

“Selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat, saya mengambil maklum keputusan Ahli Parlimen Gua Musang itu dan telah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu