Nation
3K

Kulasegaran, Jeremy akan dipanggil SPRM

Ipoh – Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan setiausaha sulitnya, Jeremy Chuah akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, bagi membantu siasatan berhubung pendedahannya mengenai tawaran wang RM30 juta dan jawatan sebagai menteri.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad sahkan ada menerima kes rujukan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan tersebut dan siasatan akan dijalankan segera.

“Kita akan memanggil Kulasegaran dan beberapa pihak lain termasuk setiausaha sulitnya untuk dirakam percakapan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini, menurut laporan Kosmo Online.

Dalam laporan media pada Sabtu lalu, Kulasegaran yang merupakan Ahli Parlimen daripada DAP itu mendakwa ditawarkan jawatan sebagai menteri dan sejumlah wang untuk menukar sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tawaran yang juga melibatkan peruntukan penuh untuk Parlimen Ipoh Barat itu didakwa diterima melalui aplikasi WhatsApp di telefon bimbit milik Jeremy.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kes tersebut telah dirujuk kepada SPRM Perak untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu