Nation
214

Lagi berita palsu kematian Pak Lah

Kuala Lumpur –  Lagi berita palsu mengenai kematian bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tersebar di media sosial, hari ini.

Bagaimanapun, berita tular berkenaan dinafikan pejabat bekas perdana menteri itu sambil memaklumkan beliau berada dalam keadaan sihat di samping keluarga.

Justeru, pejabat berkenaan menerusi satu kenyataan menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang menyebarkan berita palsu.

“Pihak pengurusan berharap masyarakat dapat memastikan dahulu kesahihan dari pihak berautoriti sebelum menyebarkan apa-apa berita bagi mengelakkan kekeliruan,” kata kenyataan itu.

Pada tahun lalu, tiga dakwaan mengenai berita kematian Abdullah tular menyebabkan satu laporan polis dibuat pihak pengurusan pejabat beliau.

Kali terakhir berita palsu Abdullah meninggal dunia adalah pada 22 April lalu menerusi Facebook (FB).

Berita palsu itu disebarkan menerusi penularan tangkap layar paparan FB yang mengaitkan kematian bekas pemimpin negara yang mesra disapa Pak Lah itu.

Pada 2 Ogos tahun lalu, media sosial gempar apabila terdapat mesej mengenai keadaan kesihatan Perdana Menteri Malaysia kelima dari 2003 hingga 2009. — Harian Metro

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu