Social
264

Langgar SOP : Polis akan panggil perancang perkahwinan

Kuala Lumpur – Polis akan memanggil seorang perancang perkahwinan untuk memberi keterangan berhubung isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) satu majlis perkahwinan yang berlangsung dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju DSP D Saralathan berkata polis menerima laporan itu, selepas satu gambar majlis perkahwinan tular diaplikasi Instagram pada 1.59 tengah hari semalam.

Hasil semakan mendapati gambar majlis perkahwinan itu berlangsung pada 27 Julai lepas dan terdapat individu yang berkumpul tanpa sebarang jarak fizikal.

“Siasatan lanjut mendapati perkahwinan itu berlangsung di sebuah bangunan di Jalan Ampang, di sini dan penganjur telah menyewa dewan berkenaan daripada sebuah syarikat pengurus perkahwinan dan majlis.

Perancang perkahwinan (seorang wanita) berusia 36 tahun akan dipanggil dan polis telah selesai memanggil pemilik premis bangunan yang menyewakan bangunan itu semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semua individu lain yang terlibat akan turut dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Siasatan telah dimulakan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit-Berjangkit 2021.

“Siasatan polis menjurus kepada pelanggaran SOP kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Ordinan Darurat.

Orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Mohd Mirza Che Ab Wahi di talian 012-9457503 dan Pegawai Penyiasat Insp Salina Zolkopli di talian 011-1234405 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu